CHOCOLATE dan KESIHATAN

Oleh Ain Azlan, Mac 21'

 

Rata-rata masyarakat kita sangat mengemari coklat tanpa mengira peringkat umur. Coklat boleh dikatakan sebagai salah satu ‘nikmat hidup’ dimana dapat menyuntik perasaan positif dan keriangan kepada seseorang itu. Coklat dapat dikelaskan kepada 3 jenis iaitu coklat gelap, coklat susu dan coklat putih. Kandungan bagi setiap coklat ini adalah berbeza dan mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Tetapi ramai diantara kita yang memandang serong terhadap kebaikan coklat kepada kesihatan.

 

 

Coklat bukan sahaja dapat mengembirakan seseorang itu malah ia juga dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan kita jika diambil dalam kuantiti atau jumlah yang betul dan tidak berlebihan. Ramai yang tidak sangka dan percaya bahawa coklat dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan terutamanya ia dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan sekaligus dapat mengekalkan sistem saraf. Seperti yang kita tahu sakit jantung merupakan musuh utama kepada kesihatan kita. Pengambilan coklat dapat mengurangkan risiko kardiovaskular. Asid stearat merupakan asid lemak tepu yang terkandung didalam koko, namun ia tidak menyumbang kepada paras kolestrol seseorang itu. Sebaliknya ia dapat mengurangkan kemungkinan serangan jantung dan aterosklerosis yang disebabkan oleh pembengkakan arteri.

 

Ramai yang beranggapan bahawa coklat boleh menyebabkan kegemukan atau peningkatan berat badan. Namun sebaliknya coklat merupakan ejen pemakanan yang dapat membantu menurunkan berat badan. Coklat gelap atau dark chocolate menjadi pilihan pengemar coklat yang ingin mengurangkan berat badan terutamanya bagi mereka yang mengamalkan diet. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan dark chocolate adalah lebih mengenyangkan berbanding milk chocolate atau coklat susu. Dalam masa yang sama mengambil beberapa dark chocolate atau coklat gelap dapat mengurangkan keinginan untuk manisan, lemak atau makanan masin. Ini bermakna kita dibolehkan untuk mengambil dark chocolate secara harian dan dalam kuantiti yang tidak berlebihan dan ia secara langsung dapat membantu untuk kekal kepada diet.

 

Koko yang terdapat didalam coklat mengandungi tryptophan, asid amino yang memberikan kesan yang menenangkan. Hal ini demikian kerana, kandungan yang terdapat didalam koko itu sendiri dikenali sebagai antidepresen. Ini dapat membantu untuk mengawal atau mengurangkan tekanan atau stress yang dialami bagi sesetengah individu. Disamping itu, flavonoid yang terdapat didalam koko telah dilihat dapat meningkatkan kadar oksida nitrat dalam darah dimana ia dapat membantu mengawal serta mengekalkan tekanan darah pada paras yang betul. Sebaliknya, bagi individu yang menderita tekanan darah rendah, perangsang seperti kafein dan theobromine, serta gula yang hadir dalam chocolate itu sendiri dapat membantu meningkatkan darah sekali gus dapat memperbaiki tahap tekanan.

 

Chocolate bukan sahaja dijadikan sebagai manisan malah ia sangat membantu untuk mengembalikan tahap kesihatan. Namun, tidak semua jenis chocolate memberi kesan positif kepada kesihatan seseorang. Kawal pengambilan chocolate dan terus kekal sihat.

 

 

 

 

Leave a reply