Diet Seimbang

Oleh Ain Azlan, Julai 20’

Tips untuk kekal sihat dengan diet yang  seimbang adalah dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Seelok-eloknya ambil 2 sajian buah-buahan dan 3 sajian sayur-sayuran dalam sehari. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai khasiatnya yang tersendiri iaitu tinggi serat, mineral dan vitamin. Disamping itu, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan secara konsisten dapat mencegah berlakunya sembelit serta mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, darah tinggi dan kencing manis.

 

Disamping itu, hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak untuk kekal sihat. Makanan yang mengandungi minyak yang berlebihan boleh meningkatkan paras kolestrol dalam darah dan sekaligus boleh menyebabkan risiko serangan penyakit jantung. Pengambilan makan yang berlemak juga boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan. Kadar pengambilan garam dan gula juga perlu diminimumkan setiap hari seperti yang disarankan. Pengambilan gula perlu dihadkan dan tidak melebihi 10 sudu teh sehari.

Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak sebelum memilih atau mengambil sebarang bentuk makanan. Makanlah makanan yang seimbang kerana ia dapat mengekalkan tahap kesihatan diri dan menguatkan daya ketahanan badan dari mudah terkena serangan penyakit. Lakukan sedikit senaman untuk kekal lebih aktif dan cergas.

Leave a reply