RM5 off min. Spend RM18
Vitamin E

by Ain Azlan, Jun 20'

 

Vitamin E merupakan salah satu makanan tambahan yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.  Vitamin E bukan sahaja memberikan kebaikan pada tubuh badan malah mencantikkan kulit, kuku dan juga rambut. Vitamin E boleh didapati dari sumber makanan seperti  bayam, brokoli, lobak hijau, mangga, almond, kuaci dan juga dalam bentuk suplemen. Disamping itu, lambakan pelbagai jenis produk makanan tambahan yang berasaskan vitamin E dipasaran memudahkan kita untuk mendapatkannya.

 

           

      Dalam konteks kecantikan, Vitamin E juga memainkan peranan penting sebagai antioksidan dan membantu melambatkan tanda-tanda penuaan. Vitamin E membantu memperbaiki struktur kulit dimana ia membantu melembapkan dan menganjalkan kulit sekali gus bertindak sebagai nutrien anti penuaan kepada kulit. Disamping itu, ia juga membantu mempercepatkan penghasilan sel baru dan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan muda. Vitamin E juga dapat merawat dan melebatkan rambut. Pengambilan vitamin E dapat membantu merawat serta mencengah masalah jantung dan salur darah seperti tekanan darah tinggi atau arteri tersumbat serta sakit dada. Hal ini demikian kerana, pengambilan vitamin E secara konsisten dapat menyeimbangkan kadar kolestrol dalam badan secara sekali gus dapat melancarkan pengaliran darah keseluruh badan.

 

            Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin E sangat disarankan. Sekurang-kurangnya ambil 2 hingga 3 kali sehari sudah cukup memadai sama ada ambil secara terus ataupun secara makanan tambahan.

           

Leave a reply